#Geng geng orang lidi kepala putih aku

Saturday, June 16, 2012

#Mimpi yang tak seberapa indah dan Nasi Briyani

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtara :)


Blurpp, Alhamdulillah. Kenyang sudah aku. Hehehe, sebenarnya aku baru lepas bersantap dengan mak aku yang baru balik dari KL sambil membawa santapan feveret aku iaitu Nasi Briyani ( puas aku tanya pakcik Guugle ejaan yang betul). Tiga jenis lauk mak aku belikan, Ayam Madu Tanpa Rela, Ayam Goreng Liat Nak Mampus Sebab Dah Tua Kut dan Ayam Kurma Ala Ala Kari. Rasa nak tercabut because macam biasa la mak aku cakap. "Mak dah belikan, tak habiskan, lepas ni mak tak nak belikan apa apa lagi dah!". Perghhh, mak aku kasi kata2 yang penuh perangkap (tak nak beli McD kat aku lagi la nie).


Ok, well, hari ini aku bangun awal gila, padahal semalam tidur pukul 6 kut (Subuh Ohkayh!). Nak tahu sebab apa? Tak nak tahu? Ok fine! Ehh, aku punya blog, aku punya suka la nak mencarut ke apa ke. Hehehe, gurau jek beb. Actually, aku dapat nightmare yang tak berapa nightmare sangat (Thanks to Kak Ayunita yang wish badnight dan sweetNIGHTMARE semalam. Kan dah jadi betul2 =.=''). Erghh, aku paling benci yang melibatkan cintan cintun ni, kenapa lah kau mesti masuk mimpi aku hah wahai cik Ex aku yang aku tengah berusaha nak melupakan kau. Damn la! Mimpi pun time tu lah pulak nak FLASHBACK waktu aku happy2 dengan dia dulu. So, aku rasa tak best, lalu aku paksa kan diri aku bangun pukul 8.30 pagi dan pergi lepak tengok tv. Huh! How dare you stealing my tidur pagi hari sabtu!


Tapi apa apa pun, hari nie aku ada planning kut. Nak dating dengan mak aku. Jum2, ikut jum, aku galakkan yang girl2 je la. Boleh berkenalan dengan mak aku dan sekaligus jadi menantu beliau a.k.a bini aku. (Ok, merepek disitu)


By The Way, semalam aku belajar satu erti, pengajaran? err, aku tak tahu nak describe macam mana. Berbunyi macam nie: HARGAI APA YANG KITA MILIKI SEKARANG KERANA NESCAYA KITA TAK NAK MENGHARGAINYA SETELAH KEHILANGANNYA.


Ok la geng, gua nak chow dulu, mahu dating dengan Mak gua. Terima Kasih sebab baca carutan  coretan aku yang tak seberapa ni. Dan thanks kepada sesiapa yang dah follow aku tu. 


Assalamualaikum :)


What can you protect? If your only weapon is your emotions.
Kira Yamato (Gundam SEED)

3 orang dah kentut dekat sini:

#Siapa yang dah komen gua puji lu punya pusat comel :D