#Geng geng orang lidi kepala putih aku

Sunday, June 17, 2012

#Tentang Aku Dia Beliau Dan Pencuci Muka

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Tengah malam, dah jam 12.30am. Aku tak rasa nak tidur lagi. Sebab apa? Sebab muka aku pedih gara2 pakai pencuci muka yang baru aku "paw" dari mak aku kat salah satu pasaraya terkemuka di Bahau Nogori Sombilan :D.
Actually aku nak cerita something, kisahnya bermula sebegini~~~
 Tengah aku sedap2 korek hidung  sambil tengok Cerekerama kat channel 103 (nak tunjuk rumah aku baru langgan astero la sebenarnya) suddenly, aku dengar bunyi pedang melantun ke tiang(bunyi mesej la tu) dari handphone Soni Eriksun W660i. Perghh, dengan bingkasnya aku bangun dari kerusi, terus berlari bagaikan tengah masuk acara lari pecut 100meter bersama Usain Bolt. Aku melompat melangkah kucing mak aku yang tengah menjalarkan badannya tengah Garisan Khatulistiwa ruang tamu dan terus mencapai handphone tersebut. Aku buka mesej dengan penuh rakusnya  dan dan dan dan " Rm 2 dan Rm 0.50 caj urusan telah dicaj ke akaun anda untuk perkhidmatan SOS Top Up". ~~ Harapan~ Harapan menjadi layu~

Arghhhh!! Aku kena game dengan Meksis! Benci Benci Benci!!. ( Biasa lah, bila dah single nie, mesej masuk macam baru kena cabutan bertuah kuttt )

  Then, tengah aku sambung korek hidung tiba tiba handphone aku berdesing sekali lagi, aku dengan lemah longlainya macam orang yang dah tak makan selama setengah hari berjalan menuju ke tempat aku cas handphone tersebut. Ada mesej dari seorang yang familiar bagi aku berisikan hanya 2 patah perkataan. " Im stress".

   Aku terus la menjalankan tugas aku sebagai part time kaunselor tak berlesen. Aku mesej, mesej dan berbalas mesej. Aku tak nak la story apa yang aku mesej dengan dia. Yang pasti, aku sangat marah dan kecewa dengan tindakan Beliau (orang lain) ini. Seriously, aku suruh kau jaga elok elok, then, kau buat macam ni kat dia! Kecewa aku beb, kau cepat sangat give up, kau dah ada 'spare part' ke bai?? Tak kan lah nak tunggu sekejap pun tak boleh. Tak mati pun lah weiii, dunia sekarang dah maju. Banyak lagi inisiatif lain untuk contact. Serius, aku marah sangat plus terkilan. Aku berkorban dan pengorbanan aku sekarang nampak sia -sia. Aku tahu, aku bukanlah siapa untuk masuk campur urusan nie, tapi! kau ingat. TAPI!!! Tanpa pelepasan aku, belum tentu kau dapat dia! So, aku ada hak untuk masuk campur. Sekarang kau dah dapat, kau tak hargai.

Oke2..dah, cool kejap beb. Tarik nafas, lepas, Subhanallah 10x.

Well, tu luahan perasaan aku kat someone dan aku harap sangat beliau terbaca entry nie. Dan pada si Dia, brave yourself and I'm always be with you. Joy and sorrow shall we be together because i have promise that to you long ago. ( Bajet macam Mr Nice Guy pulakk)

Ok la. thats all for tonight (morning actually). Aku nak jalan2 dekat blog orang lain pula. Lagipun, kalau aku mencarut banyak2, ada kau orang nak baca? Hak tuih la! hehe. JK only :)

Assalamualaikum w.b.t and thanks for reading bondo yang tah papo nie.

p/s: dah baca, komen lah ye :D (tak paksa pun) ((( Tapi paksa jugak!!)))



Even if I lose this feeling, I'm sure that I'll just fall in love with you all over again.

Syaoran Li (Cardcaptor Sakura)




3 orang dah kentut dekat sini:

  1. eyh, bahau ? bahau ? kampung saye lah :D

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHA.. ni macam promote diri sendiri je.. single3 ....

    ReplyDelete
  3. Ko paksa la mcm mana pun..aku tetap taknak komen..grrrrrr...

    ReplyDelete

#Siapa yang dah komen gua puji lu punya pusat comel :D