#Geng geng orang lidi kepala putih aku

Sunday, June 17, 2012

# Tentang Aku Atiff Tuah Dan Ayam Kentaki Baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Jam sudah menunjukkan 11.45 am. Aku angkat ketiak sikit kasi cium. Cilake, bau tembikai susu pulak. So, aku pergi mandi sat.


Gedebashh, gedebushhh ( Aku tak suka mandi air shower sangat sebab shower kat rumah aku nie lebih kurang macam tak ikhlas jek kuar )

Then, lepas mandi, agak2 dah hensem, aku lepak kejap layan kucing ak nama Tuah. Dia dok buat muka selamba susu dekat aku mintak makanan. Dah2 aku mula kecewa dengan beliau apabila si Tuah nie mula curang dengan aku dan bermadu kasih dengan biskut kucing dia yang tah jenama apa tah, aku pun on la laptop kejap sambil bukak Muka Buku.

Huh! Bosan giler pulak hari Ahad nie. Takda benda yang special ke nak berlaku hari nie (contoh macam aku  tiba2 dianugerahkan kuasa Super Saiya ke pat puloh lapan ke)



Arghh, aku mula rasa "sumbak" ( bosan dalam bahasa ganu kiterrr - rasa2 aku lah :P) Then, "kepeling", ada mentol kuning tiba2 kasi idea kat aku suruh pergi tengok adik aku yang dekat asrama. So. aku pun siap2 lah, bawak makanan untuk dia, laptop (adik aku nie kaki main game macam aku jugak la) dan duit sikit kasi belanja2 (abang yang baik kan aku nie?).


 OTW aku nak pergi jumpa adik aku berboncengkan Modinas Keriss SatuDuaKosong, aku pun macam biasa la, bawak agak laju dan suka potong kiri ( adik2, jangan ikut tau, bahaya). Then sampai satu traffic light nie, ada la satu kereta apa tah main masuk kiri je tanpa kasi apa2 signal. 



Wadafak man! Kurang ajar giler wa cakap sama lu. Dah lah tak bagi signal, kalau aku tergolek kat situ macam mana?  Siapa nak jaga kucing aku? Eishh, kalau jauh tak apa, nie aku dah dekat kut. Bagi la signal or if signal rosak sekalipun, tunggu la betul2 agak2 dah tak ada motor baru pergi masuk kiri.

Then, aku pun singgah kentaki sekejap. Tiba aku ternampak satu menu baru. Nafsu mula menguasai diri, aku pun order la yang tu.


*EXTRA GARING ( Dah crop jadi macam haramm)

Ok, mission accomplish, aku pun dah beli kentaki 2 set ( 1 set biasa dan lagi 1 set yang baru nie) yang digunakan untuk makan sambil lepak2 main laptop ( yela, tak kan nak lepak main laptop je kan, nanti parents budak2 yang lain mestil lihat aku " Binawe punya abang, bagi adik makan makan jek, ingat kenyang ke makan game tu" ) So, aku beli la kfc untuk mengubah persepsi mereka terhadap aku.

Then, aku pun lepak la main game dengan adik aku, sambil aku berlagak2 tentang kehidupan aku kat rumah yang penuh dengan kebebasan. Makan, game, tah la, aku sayang adik aku sebenarnya sebab dia lah satu satunya adik aku :) ~~ tiba tiba je kan :D

Dah settle semua, aku pun balik la rumah, pastu texting2 dengan SOMEONE tu.. hehe (yang nie aku akan cerita dalam entry akan datang ok)

Nak dijadikan cerita, sedang aku korek idong  lepak2 sambil dengar lagu tindakan hiper- i arrive again, tiba2 aku terasa nak beranak  berak. Ouhh damn! Perut aku sakit! Semput! Tersumbat kardiovaskular! Semua aku rasa.



Urghh. nie mesti gara2 aku makan ayam tadi nie. Aku taw pedas, tapi rasanya memang Awesome. Huhuhu, aku tahu, aku tak boleh makan pedas, tapi, biasalah, degil kan. Tapi, aku bukan nak cakap ayam tu tak sedap. Tapi memang sedap! Cume, perut aku lah tak boleh tahan pedas :P

Ok lah, sekian untuk entry kali nie, handphone aku dah memekak2, so, aku kena layan la SOMEONE tu, lagipun aku tak nak lah abaikan dia :D

Assalamualaikum dan thanks sebab baca carutan coretan saya yang tak seberapa nie :)


I'll always be by your side, just like the wind that flows through your hair.
Yagami Kazuma (Kaze no Stigma)

7 orang dah kentut dekat sini:

  1. panjang sangat. cam diari lak. huhu

    ReplyDelete
  2. hey...klu nk markah bonus...tlg tulis bape patah perkataan oke...ni pernah amek SPM or x ni.....hahahhahahaha

    ReplyDelete
  3. cobe ekau buat vlog plak pakcik nk tgk, ngeeeee :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bole...ty org cakap muka aku macam MatLuthfi..wakakaa

      Delete
  4. saye pun sayang adek awak. eyh. hahaha. btw untung lah dah ade someone. tadew lah forever alone lagi kan ^^

    ReplyDelete
  5. setakat ni apa yg aku perasan, setiap ending akan ada ayat2 yang seronok utk dibaca..maksud aku ayat2 drpd manga/anime tu la..

    agak kelakar bila cardcaptor sakura pun ada..hahaha

    ReplyDelete

#Siapa yang dah komen gua puji lu punya pusat comel :D