Assalamualaikum dan selamat hari Khamis...
Ayam- ayam berkokok tatkala si lembu menjatuhkan bom atom sambil menggetarkan punggung nya ala ala vibrate iPons 4S yang sedang tak berapa hangat dipasaran sekarang.
Arghh!! Kan aku cakap, aku fail bab bab intro nie.
Ok2, hari nie aku bangun lambat sikit dek kerana melayan berukband aku yang malam tadi mencecah 2mb/s (
Gua tak tahu kenapa tiba2 jadi laju, padahal dah quota)
Well, takpe- takpe, walaupun aku bangun lambat, aku still akan buat entry untuk memenuhi nafsu serakah korang untuk melihat keseksian tentera tentera lidi aku kan (
Memang orang lidi aku "bugil" kan? Kuikuikui)
Dah, jangan fikir bukan. Ok, semua orang pernah menghadapi peperiksaan kan? Tak kira lah peperiksaan JPJ ke, Repeat Paper ke ataupun suvey yang diberikan oleh Cik Nurse sekalipun di Klinik Kesihatan yang berhampiran. So, aku nak story lah pasal pengalaman aku masa sekolah dulu buat "
toyol".(
Alaaa, pandang pandang aku macam tu pulak, macam lah korang tak pernah buat. Puih!! la..keh keh keh.)
Ok, aku nie sorang yang jenis pemalas jugak la masa sekolah dulu. Suka study last last minute ( Konon -konon last minute nie boleh dapat "superpower" la konon.) Yang nakal nye aku nie dulu, kawan kawan aku study pun aku dok nak menyakat lagi ( Sebenarnya gua tak mau dorang study coz tak nak kasi markah dorang lagi power dari gua..kahkahkah)
So, bila agak- agak esok dah nak exam, baru la aku sibuk2 nak bukak buku. Arghh, time nie gua memang menyesal la. Satu habuk ape tak baca lagi. Kelam kelibut ribut taufan la jadinya. ( Tapi selalunya, time macam nie, bila dah give up, korang mesti cakap " Tawakal je la") Tawakal waklu! Kui3. Tawakal tu sebenarnya lepas kita dah berusaha baru boleh kita boleh berserah. ( Ayat gua yang nie macam bajet bagus kan? Hahaha)
(Kalau korang rasa toyol nie comel, sila komen :D)
So, nak dipendek kan cerita ibarat memendekkan rambut di kedai gunting rambut Sugu, ada lah tiba2 " Abang - abang! Nak saya tulun?", kata Incik Tuyul dengan penuh muka kecomelan ala ala pelakon cerita Twilight. Tinggg!! (mentol kepala gua menyala)
Akibat dari hasutan tuyul tersebut, aku pun mula la menjalankan aktiviti menuyul. ( Adik -adik jangan ikut tau)
Taktik yang selalu aku buat dan sampai sekarang tak kantoi2 lagi (Alamak, dah kantoi dah). Nie hah, korang amik nota korang, gulung2, pastu masuk dalam pen. Carik pen yang jenis boleh bukak atas dia. (Kalau korang pakai pen kilometriko klasik edition, memang tak kan dapat lah kan..hahaha)
Nie pulak strategi untuk budak2 yang memang pakai tie ( Kambing aku cakap aku kacak bila pakai tie. Macam wakil rakyat katanya.) So, nota tu, korang lipat kecik kecik, pastu masuk ke dalam tie. Agak2 tengah exam, korang buat2 la bersin pastu sapu pakai tie korang dan pada masa yang sama, korang ambil la "tuyul" korang tu.
Aku dulu, baju sekolah aku semua lengan panjang ( Gua rasa cool bila lipat lengan sampai bawah siku).
So, bila nak exam jek, cikgu semua pelik, semua yang berlengan panjang semua dah tak lipat. Pasal apa? tengok gambar kat atas nie. Masa nie lah aktiviti bertatu meningkat dengan mendadaknya. ( Member gua penah pedajal gua guna marker permenent tulis " Aku Gayboy" )
Cilake betul kau Abu.
Alamak, gambar nie mengalami masalah teknikal pulak. (Kecik) Tapi takpe lah, aku terangkan kat sini,
( Kalau korang tak faham, nampak sangat korang tak sekolah agama..hahahaa)
Ok, yang nie aku ada nampak member perempuan aku buat taktik macam nie, Dorang selalu rekod formula2 kat mp3 dorang. Lepas tu dorang Play masa exam. (Pakai tudung, boleh lah beb!, gua pun mahu pakai tudung jugak la!)
Yang nie pun aku pernah buat. Malam- malam, pergi sekolah senyap- senyap. (Mission Imposibble betul) lepas tu tulis siap2 formula kat atas meja. Tapi kan, gua pernah kena, gua rasa gua dah tulis banyak gila kot kat meja gua, alih2 esok gua kena tukar meja.
Cinabeng sungguh
(Member gua yang dapat meja tu tersenyum senyum kura kura kat gua, demmm!!)
Alamak, gambar nie pun kecik jugak, tapi takpe, aku terangkan jugak ( Baik tak aku?)
Rata rata kan, semua budak, bila masuk exam jek, tau tau dah pandai guna bahasa insyarat ( Hebat kan??)
Hahahha, aku teringat lagi, dulu aku selalu guna taktik nie. A kat Dahi, B kat Mata , C kat Hidung dan D kat Dagu. Nombor pulak ditentukan oleh tangan. Ibu jari mewakili nombor sepuluh.
(Pernah sekali, cikgu aku tak kasi pegang2 muka masa exam, dia cakap " Siapa2 yang gatal muka tu bagitahu saya, meh saya garukan") Ciss, modus operandi kami telah terkantoi.
Ok, tapi kan, bila keluar result. Aku dapat A pun, tak rasa seronok. Kenapa? Sebab kita meniru.
Serius, meniru memang seronok, tapi kepuasan tu tak ada. Lagipun sampai bila kita nak tipu diri sendiri kan ( Cehh, entry gua kali nie ada nasihat la)
Ok, kawan2 bloggers sekalian, kalau korang ada taktik lain yang boleh dikongsi, comment la kat bawah ok. Kita share sama2, jadikan pengajaran sama2 :)
( Gua saja buat entry nie untuk bakal2 cikgu dan pensyarah sebenarnya coz nak kasi lu orang semua kantoi nanti..kahkahkah)
Alamak, entry kali nie lagi panjang, so, aku stop dulu kat sini ye.
Assalamualaikum dan chowlubebeh!
p/s: semalam ada orang review blog aku, terima kasih ye pemilik blog :)
Nie blog beliau, usya larh