#Geng geng orang lidi kepala putih aku

Tuesday, July 17, 2012

#Aku Poli Dan Bulu Beri

Assalamualaikum w.b.t

Wahahhaa, lama giler gua rasa dah tak menulis kat sini. Lagipun gua baru start kelas kan. Huh! Gua cakap sama lu, sem nie, gua punya lecterur semua comel comel. Gua terasa macam terkena panahan cinta asam dan garam sekejap.


So, harinie gua sebenarnya nak bagitahu gua baru beli BuluBeri. Gua saja jek nak pakai. Maklumlah, gua baru dapat loan dari kaum bunian pulak. Pastu, yang bingainya gua rasa harinie, sorang member gua pun tak nak kasi BBpin. Macam haram toi lah. Siap 1 pin rm1. Kalau macam tu, gua pun boleh kaya, jual BBpin,Pincode,Pin Kertas dan Ping Pong. Errr...

So, gua mau mintak lu semua yang ade BuluBeri tu, mohon penuhkan BuluList gua oke?

Nie no BuluBeri Pin gua 29F618A9

Mohon Add Oke. Thanks :)

p/s: Gua kena pedajal jadi wakil kelas harinie. Damn!
p/s/s: Doakan gua banyak masa free untuk update blog gua :)

Monday, July 9, 2012

#Bosan di dalam lif? Tips Tips ini yang anda perlukan!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Hehehe, dah lama aku tak update blog rasanya. Maklumla, kejutan budaya sat dikala masuk ke IPT nie. Merayap sana sini. So, haritu, aku pergi 7eleben. Tengah2 naik lif, tiba tiba, terfikir pulak nak update entry pasal lif nie. So, aku tahu, hari isnin,. mesti otak korang semua kena sembelit kan?. Jadi untuk menghilangkan rasa sembelit tersebut, meh baca entry aku yang boleh buat otak korang buasir terus :D

Ok, panjang dah sinetron aku kat atas tu. Kali nie, aku nak kongsi, tips tips yang tak bermoral korang boleh lakukan ketika di dalam lif.




Tips #1: Masa korang tekan butang lif tu, korang buat macam kena shock, lepastu senyum dan buat lagi. ( Mesti orang lain tak turun punya dari lif dek takut nak tekan kan? kah3)





Tips #2: Ok, bila pintu lif terbuka, korang tahan jangan bagi tutup. Agak2 dah 10 saat, korang cakap " Hai Limah, lama tak jumpa" (Pastikan tak ada orang masuk lif tau masa tu)




Tips #3: Korang jatuhkan pen or apa apa barang korang. Lepastu agak agak orang nak kutip, korang jerit la kuat kuat " Woi!! Tu pen gua la!!!". 





Tips #4: Bawak satu kotak kosong, lepastu letak kat sudut lif sambil tanya orang lain " Ada dengar bunyi berdetik tak?" (Yang nie mungkin lu orang kena masuk lokap lepas tu..kah3)





Tips #5: Bila ada orang tekan jek butang lif, korang buat bunyi meletup kuat kuat.





Tips #6: Buat macam kat gambar atas nie. (Gua tak tau nak explen camne..hehhe)





Tips #7: Korang masuk lif, buat muka tak ada perasaan, lepastu berdiri menghadap dinding jek, sampai pak guard halau. ( Kalau boleh. shopping mall dah tutup pun lu teruskan aktiviti lu)

~Sudah Cukup Cukup Sudah~
Ok, sampai sini jek aku nak merepek.

p/s: Perluke aku update blog dengan gambar sekali ataupun hanya text?
p/s/s: Aku dah masuk study nie, maybe sangat busy
p/s/s/s: Aku tengah pokai nie, so tulun la derma kat tabung churp churp yang ade gambar awek tu ok? :D
p/s/s/s/s: Gua mintak tulun  maaf sebab tak BW korang lansung. Maaf :( Gua just busy jek.

Assalamualaikum dan Chowlubebeh!

Tuesday, July 3, 2012

#Korang Dan Mekdi

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Salam dan Salam

Alhamdulillah, aku dah bebas dari penjara atas kesalahan menyekodeng lipas mengawan ( Padahal gua difitnah baii!!)
So, aku kembali untuk berblogging macam biasa. InsyaAllah.
Ok, di zaman serba serbi moden nie, majoriti rakyat Malaysia selalu pergi Mekdi. So, kalau korang asyik asyik pergi MekDi, tapi makan pastu balik, tak best jugak. So, aku ada tips tips perkara yang korang boleh buat semasa berada di Mekdi.

Tips #1: Bayar dengan menggunakan duit syiling (Nie kompem casher bengang gila tahap keguguran anak lipas..kahkahkah)





Tips #2: Mintak resit dalam 5 helai. Pastu korang menangis la konon konon macam tengah tengok bil yang mahal giler babi. ( Maybe kalau buat camni boleh dapat free kut)



Tips #3: Minta jumpa Manager dorang dan korang ceritakan semua masalah hidup korang kat beliau. If dorang tak nak kasi jumpa, korang belah dan cakap slow2 camni " Korang akan baca benda nie dalam paper esok"


Gua malas nak lukis banyak2..haha

Tips #4: Masuk MekDi sambil pakai baju Kepsi or Berger Kink ramai2 (Kalau boleh bawak 9-10 orang)



Tips #5: Buat bunyi kentut melalui henpfon korang banyak kali sambil cakap dengan member korang " Urghh, aku tau aku tak patut makan kat sini"



Tips #6: Jalan kaki kat drivethrough (Nak lagi best, korang naik skateboard or kereta sorang lepastu korang pusing2) Gua pernah buat dulu kat tempat nak order tu, gua tanya "Kak, tumpang tanya? Giant kat mana" hahaha





Tips #7: Gigit berger korang dekat counter, lepastu cakap "Burger nie sejuk la". Lepas tu minta baru. Ulang ulang dan ulang sampai korang kenyang. ( Or lu orang kena halau..kah3)



Tips #8: Ambil straw banyak2 lepastu pergi kat customer lain sambil cakap " Bang, nak straw? satu rm1"

Ok. aku tau entry kali nie tak berapa nak lawak. Huhuhu
Well guys and ladies, aku ucapkan terima kasih banyak banyak sebab still tunggu aku dan ingat aku. (Gua punya ketiak tengah mengalirkan air nie)

So, sampai disini saja.

Assalamualaikum dan Chowlubebeh!!