#Geng geng orang lidi kepala putih aku

Wednesday, June 27, 2012

#Cuti Umum Orang Lidi

Assalamualaikum w.b.t

Entry nie pendek je kut. Sebenranya aku nak bagitahu yang maybe dalam 3-4 hari nie aku tak update kut blog nie sebab aku dah nak masuk balik tempat aku belajar, so, banyak kerja yang aku nak settlekan. So, korang jangan boikot blog nie pulak, insyaAllah, lepas dah settle semua, aku akan kembali berblogging macam biasa.





Assalamualaikum dan Chowlubebeh

p/s: If nak carik aku, add la kat fesbuk ok? Dan, jangan malu2 tekan chup chup aku yang gambar aweks2 tu :D
p/s lagi: Ouh, I miss u oll bebeh :D

Tuesday, June 26, 2012

#Tips Tips Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Apabila Bosan Di Dalam Tren

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Tajuk entry panjang? Eh, suka hati I la (Buat gaya ala ala pondan siam sikit)
Ok2, sempena dengan hari yang indah ini, aku nak ajar korang semua aktiviti yang tek bermoral korang boleh lakukan di dalam tren bila korang bosan tahap dengar ceramah cikgu besar yang tak best.

Btw, gua baru letak iklan chup chup kat bawah tu yang ade awek2 cun tu (wahh, macam bunyi cium mulut pulak). So, korang tolong la tekan ok sebab gua nak kena bagi makan ke empat empat bini gua tu.



Tips #1: Korang buat bunyi kentut kuat kuat menggunakan mulut, lepastu pandang orang sebelah korang sambil buat muka yang menjijikkan macam tengah tengok Zul De Alexis berak(Sila Klik nama beliau untuk melihat beliau berak). ( Kalau boleh lu orang tambah la perkataan seperti "Eyuww, bau ketiak ular"). Lepastu, dah buat macam tu, korang tukar la seat. Ulangi sampai semua seat kat dalam tren penuh.



Tips #2: Ok, yang nie, korang buat buat pandang kiri kanan ( Ala ala macam tengah bawak janda orang lari pergi siam), lepas tu, korang buat buat tengah cakap dengan telefon sambil kutuk orang sebelah korang. (Contoh kalau lu tengok orang sebelah lu punya lubang hidung besar, lu cakap la ada vacuum bergerak sedang duduk kat sebelah korang.)



Tips #3: Yang nie pun best jugak. Macam nie, korang bangun dari seat korang, lepastu nyanyi lagu Kosmopuin KK kuat -kuat sambil senyum macam perogol dan joget joget. Agak agak dah ada orang tegur korang, korang cakap macam nie, " Eh, saya ingat saya dalam iklan Kosmopuin KK".



Tips #4: Ok, yang nie pulak memerlukan daya ketahanan yang tinggi tahap Super Saiya ke seratuslapanbelaspointduakalipatbelaspuluhratus. Cara dia macam nie, masa tren berhenti, korang bangun dari seat, lepastu langgar dinding tren kuat2, then duduk balik dan buat muka macam tak ada apa apa benda yang berlaku. (Konon konon momentum la)



Tips #5: Selalunya kar dalam tren mesti ada pemegang ala ala monyet punya alat senamrobik kat zoo tu kan. Apa kata korang memanfaatkan alat tersebut. Korang gayut la dari kepala tren sampai ekor tren. Bila ada orang tegur, korang cakap la " Sekarang saya tengah dalam perjalanan ke Olimpik".



Tips #6: Yang nie pulak, korang memerlukan sebiji lampu suluh. ( Kalau takda, lu orang pinjam kat konductor tren). Korang round satu tren pastu korang cakap la kat passenger yang korang nie pelajar perubatan dan korang nak lakukan pemeriksaan dekat telinga diorang. Check la semua telinga semua penumpang ok?.

Tips #7: Yang nie pulak memerlukan stamina yang tinggi. Korang lari dari hujung tren ku hujung tren ulang ulang alik sambil buat muka konon konon korang tengah lari dari letupan bom. (Nak lagi dramtic lagi, korang jerit la, "Bom Bom, Kuih Bom dan Bom Bom Pow!!")

Ok, aku tau entry aku pendek kali nie. Malas ah nak tulis panjang, korang bukan nak baca pun..kah3.
Sekian, gua nak chow dulu.
Jangan lupa tekan chup chup gua :) (Sambil buat muka cute ala ala semut tercekik durian)

Assalamualaikum w.b.t dan Chowlubebeh!!

p/s: Gua tengah menghidapi penyakit kentut berbau Kit Kat.

Monday, June 25, 2012

#Tahniah follower yang ke 100!

Assalamualaikum w.b.t

Huh, harinie aku malas giler nak update blog. Hari hari update, lama lama otak aku pun boleh kering woo.
Ok, so, sebenarnya, berapa hari yang lepas, blog aku telah mencapai 100 orang follower dan aku dipaksa oleh kambing aku untuk menemuramah beliau. Blogger yang malang itu bernama Hani El Zahra

Tekan SINI untuk mengorat beliau.

Then, aku pun sempat la temuramah beliau ala ala macam dalam cerita Aduan Rakyat tu.

Mr. Lidi yang gojes warna biru
Cik Puan Hani El zahra warna merah
~Pen merah, pen biru, u marah, i lap u~ Ahaks..(Bukan kahaks)
(Yang buta warna tu pandai korang la ye, hikhikhik)

Ok, takziah kepada Cik Puan Hani El Zahra kerana telah menjadi follower saya yang ke 100. Jadi anda akan ditemuramah oleh saya. Saya akan berikan 10 soalan, jadi, Cik Puan kena jawab semuanya dengan jujur ok? (Nak tipu pun boleh)

Ok.( Ayat tak leh pendek lagi ke jirapah?)

Soalan Pertama.
Adakah anda berasal dari planet Pluto?
Tidak, saya berasal dari Bulan tapi kawan saya dari sana? (Gua rasa beliau typo..kahkahkah) Dan jangan bagitahu orang lain, saya adalah Sailormoon (Gua dah bagitahu dah pun..kahkahakah)
..........................................

Soalan Kedua
Antara tenuk dan tapir, manakah anda prefer untuk dijadikan suami dan berikan sebab yang munasabah.
Hmmm.. saya suka tapir lagi sebab dia macam panda. (Nie mesti pengaruh entry gua nie)
...........................................

Soalan Ketiga
Apakah 3 perkara anda akan lakukan dahulu apabila dikejar oleh Zombie?
1st: Bagi dia pisang kut kut beliau dari Kampung Pisang
2nd: Kupaskan untuk beliau
3rd: Buang kulit kat lantai biar beliau jatuh dan beliau tak boleh kejar kot)
(Moral, kalau dunia nie ada zombie, korang jangan bawak beliau, sia sia jek..keh3)
............................................

Soalan Keempat
Apakah kenderaan yang anda sering gunakan untuk ke tandas?
Saya sering menunggang kucing saya je, kucing tu consider kenderaan tak?
(Err, gua dah mula seram bayangkan awek cun nie naik kucing)
.............................................

Soalan Kelima
Sekarang nie terlalu banyak warga emas..ehh..asing dalam malaysia, apakah cadangan anda terhadap mereka?
Nama pun asing...alien...hmm...jadikan diaorang bahan eksperimen ok gak..lalalala
(Pundi kencing gua tetiba berasa hangat)
..............................................

Soalan Keenam
Anda rasa anda boleh hidup berapa lama lagi?
Saya kena tanya jantung saya dulu...tp dia tengah mandi takleh kacau.
(Gua dah agak, gua tengah interview bukan manusia..hikhikhik)
...............................................

Soalan Ketujuh
Apakah status relationship anda dengan kucing2 anda?
Open relationship.
(Gua tak tau nak komen apa)
..............................................

Soalan Kelapan (Bila nak habis nie?)
Apakah pandangan anda tentang dunia masa kini?
Kembali ke zaman batu.
(Yang nie gua setuju)
..............................................

Soalan Kesembilan
Jika anda tersadai di tengah tengah padang tak berpasir lalu menjumpai sebuah teko dan anda dapati dalam teko tersebut ada jin, apekah anda akan wish dan anda mempunyai 1 wish sahaja?
Nak jadi budak2 balik...boleh main barbie...tak payah fikir tanggungjawab berpikul2 macam sekarang...uwaaaaaa
(Gua saspek belia didera oleh kucing kucing beliau)
.............................................

Soalan Kesepuluh
Apakah harapan anda kepada blogger blogger diluar sana?
Follow la saya dan tekan nuffnang saya kerana saya nak bagi makan kucing saya

Huh, ok, aku dah selesai temuramah aweks nie, so sekali lagi, siapa yang nak kenal beliau, tekan SINI ok.

p/s: Beliau sporting
p/s lagi: Gua ada la tokok tambah sikit dalam nie
p/s lagi dan lagi: Pada Cik Puan Hani El Zahra, gua minta maaf kalau entry nie ad buat lu terasa, gua hanya niat mahu bergurau jek :) (Kalau tak puas hati, meh 1 by 1 dengan gua, ehh,,gurau jek :D)

Assalamualaikum w.b.t and thanks for kentut kat sini :)



Sunday, June 24, 2012

#Aku Sekolah Dan Kerinduan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Hari Ahad

Saya, selaku pemegang cap mohor kedai runcit Wong Fei Hong ingin menisytihirakan (Betul ke aku eja nie?) bahawa esok hari Isnin dan seterusnya hari Rabu(ehh??)
Ok, aku memang tak reti nak buat intro apatah lagi nak bermain dengan kata- kata, batu- bata mahupun pintu- pagar.

Actually, hari nie aku, aku nak straight to the point of view and score for EURO 2012 jek. Aku nak cerita pasal "kebaikan" aku masa zaman sekolah dolu dolu ( Gua baru belajar ayat nie dari otai otak blogger). Dolu dolu..perghh, macam sedap bunyinya.Sebut lagi? Dolu dolu..fuhh..puas2..kui3





Ok. nie benda nie aku selalu buat masa naik tingkatan atas2. (Maklumlah, gua dah senior, terasa tinggi macam Jirapah). Aktiviti memerlukan kapur dan daya "memeteng" yang tinggi. Aku selalu melakukan aktiviti tak bermoral nie masa rehat. Korang kena pastikan yang kapur korang kena kat bumbung untuk menghasilkan impak maksima yangbunyi macam berak keras ditimpa mangkuk jamban. ( Kawan gua dulu lagi teruk, kadang kadang beliau baling kat kepala budak or kalau tak ada kapur, beliau baling duster, pemadam dan yang paling how liau "kahak").




Ok, aktiviti yang nie pula selalu dipraktik kan apabila tiba masa rehat. ( Gua tau, lu orang pernah buat jugak, ambil ais, masuk kan dalam baju member. Lepas tu tengok beliau menari tarian makyom sambil digigit siput sedut)




Wahh, nie peberet aku jugak nieh. Dulu, sekolah aku perhimpunan kat atas jalan tar jek, so, aku suka duduk belakang- belakang sambil baling baling batu kat member depan sambil buat muke baru lepas kentut. ( Nak best, lu orang cuba baling kasut ke, meja ke, papan hitam ke. Kalau dah buat, bagitahu gua hasilnya ok..kahkahkah)





Ok, yang nie aku tau, semua dah biasa buat. ( Gua pernah diebabkan kes nie, gua bertumbuk sampai kena gantung tali kasut dan tali bera. sekolah) p/s: Hahha, gua terasa bangang bila ingat peristiwa nie balik.




Ok, teknik nie aku belajar kat sekolah teknik. Korang tau meja sekolah? Korang ambil kapur, lepas conteng kaw kaw punya kat bawah meja. Lepastu, bila member korang duduk, dan pulak beliau suka mengesek2 kan peha beliau kat bawah meja ( cover setimm agaknya), kompem peha beliau ibarat menconteng kapur di seluar.




Well, korang paham tak gambar nie pasal apa? ( Tak paham? Lantak la..kah3). Ok, nie permainan lastik kut ( Gua tak tahu nama saintifik permainan ini). Korang ambil kertas, gunting lebarnya agak2 3-4cm, lepastu gulung kasi padat2 punya macam bontot korang. Then, dah siap, apa lagi, LET THE WAR BEGIN! muahahahah* gelak jahat* ( Gua nasihatkan, buat banyak2, spare dalam poket)




Ok, yang nie, aku sarankan, perempuan jangan buat ye kerana dikhuatiri akan mengakibatkan buasir payudara. Aku dulu pantang jek nampak kawan duduk diam. aku dari belakang, cubit nenen beliau sambil memaksa beliau membuat bunyi ikan tengah berkokok..err??.




Hahahha, yang nie paling faveret aku. Aku suka pergi kat member2 yang tengah berkumpul and borak2, lepas tu kentut dan blah senyap2. (Lepas tu lu tengok dorang menfitnah antara satu sama lain..kahkahkah)






Ok, yang nie adalah pengalaman aku yang paling tak dapat aku lupakan. Cerita dia macam nie, masa nie turn budak kelas aku masuk bilik komputer. Lepastu, kebetulan pulak cikgu keluar kejap, apa lagi, budak budak nie bukak la website My1stTime (Mohon jangan google). Time tu citer Cikgu Suraya kut yang top ( Mohon jangan google jugak). Dah tu seingat aku ade 23 page. so, member aku nie pi bangang print. Masa dah setengah print. dan dan pulak paper jam. (Oh shitt). Masing gelabah lepastu cikgu kitorang masuk ( Cikgu perempuan pulak tu, ouh demm =.=''). Lepas tuh pulak ada la sorang budak nerd nie, dia nak print something. so, bila nak print paper jam. cikgu pun betulkan lah printer tu. Dan agak2 korang. apa yang disambung print? Kahkahkah, seminggu kitorang pusing sekolah pakai kain pelikat tau.
Cilake.

Hahaha, panjang pulak aku tulis kali nie, mohon maaf ok sebab menghabiskan masa untuk baca entry aku yang tah hape hape nie. (Gua rasa entry gua kali nie bosan kut)

Assalamualaikum dan Chowlubebeh!!.

p/s: Mohon jangan tiru perbuatan gua. Kalau nak tiru jugak, tu atas tanggungjawab korang ok..hik3

Nota rendah: Entry ini menggunakan 17 pelakon tambahan.

Saturday, June 23, 2012

#Tips Tips Untuk Menyingkirkan Aweks (Bunyi macam kejam jek)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Toink Toink

Pertama sekali, aku ingin ucapkan beriba ribaan lemon (bukan Riba' dan jauh sekali Ribena) TERIMA KASIH kerana masih DAN  telah men"follow" aku. Hari nie, genap 9 hari umur blog aku, dan aku telah dapat 100 follower. Aku tahu 100 tu tak banyak, tapi bagi aku, BANYAK WEYHH!!, aku kan newbie lagi, tak macam pro- pro blogger diluar sana. :)

Ok, sebelum aku merepek meraban dan nenek kebayan, aku nak tanya korang. Pernah tak anda mengalami sakit sakit otot situasi dimana awek korang sayang giler tenuk tapir dan sebagainya kat korang dan pada masa yang sama, korang nak mintak putus (sebab dah ade awek baru) dan korang tak berani minta pecah "break"?

Jadi, meh aku ajar korang cara cara yang efektif dan telah diuji keberkesanannya oleh beberapa tapir makmal aku iaitu  (Tapir Makmal 1) dan   (Tapir Makmal 2).( Gua dah pomot lu orang, bila lu orang mau pomot gua...kah3)



Tips #1: If awek korang pakai lawa- lawa dan nak tunjuk kat korang. Korang buat tak tau jek umpama korang tengah kentut di pagi yang tenang. Kalau nak lagi hardcore metalcore dan deathcore, korang kutuk dan ketuk (apatah lagi atuk..ehhh?) kaw kaw teaw punya.



Tips #2: Bila awek korang datang kat korang sambil buat muka cute ala ala ekor kura kura masa korang tengah main game, dan dan pulak dia tanya tengah buat apa. Korang jawab macam nie. Lihat Rajah 1




Rajah 1




Tips #3: Pura pura curang dengan beliau. Ok, masa awek korang telefon korang, korang buat buat la macam sibuk sambil tu korang upah la kambing korang buat suara perempuan tengah "mengah" macam baru lepas joging ( Woi woi, jangan pikir lain, nanti tak pasal pasal blog aku dikategorikan sebagai blog my first time pulak)






Tips #5: Selalu ceritakan kebaikan tupperware bekas kekasih korang depan beliau. Korang cakap la camni. " Awek I dulu, boleh bertukar jadi Hulk bila dia garu pusat. U pulak, apa ada? Garu pusat, terkeluar lalat, Caitt!" dan kebanyakan perempuan zaman sekarang kurang tinggi, so, mereka sensitif sikit pasal tinggi ni. Korang boleh cakap macam nie jugak " Awek I dulu, tinggi macam Jirapah tau, U pulak, I tengok, tinggi lagi lidi sate pakcik Sarep Abu Latip dari U".





 Tips #6: Berperangai macam kanak kanak tak cukup umur atau terencat. Contohnya, korang ajuk balik cakap mereka sampai mereka berasa tensen bagaikan digeletek oleh ketiak ular (ehh?). Nak lagi best, korang ajuk sampai beliau tensen dan mencabar anda untuk terjun bangunan dengan harapan anda akan mengajuk perbuatan beliau. Lihat Rajah 2



Rajah 2




Tapi, kalau mana mana tips nie tak berkesan, apa kata korang minta putus cara baik jek. Kan senang, tak payah buat musuh. :)

Ok, gua tau entry gua pendek hari nie. Gua actually kalau hari sabtu nie, otak gua kurang efektif.
So, sekian kerepek dan merepek gua.

Assalamualaikum dan chowlubebeh!

p/s: Yang aweks aweks nak buat camnie kat pakwe korang pun boleh. Lepas lu orang dah putus bagitahu gua oke, gua mau usya lu orang pulak..kahkahkah
p/s lagi: If korang ada tips tips lain yang boleh dikongsikan, sila share di kotak komen dibawah ok :)



Friday, June 22, 2012

#Atiff Cuti Dan Panda

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat 
( Gua dituduh memkerbau pendeki buta tak pergi semayang Jumaat oleh geng2 Apakah?)

Klik sini kalau nak tau siapa taukey besar geng apakah? http://mksyahir.blogspot.de/

Ok, pagi tadi aku bukak tv sambil tengok cerita kartun Barbiee. Akibat cerita itu terlalu mengandungi unsur seksual dan keganasan terlampau, aku pun tukar ke tv1.( Tak caya, lu orang tengok, tak seksi ke? Mana gua tak setimm..kah3)
Sedang aku tengok dokumentari pasal binatang liar nie kan, aku pun teringat satu kejadian aneh yang telah menimpa jiwa dan raga aku pada suatu ketika dahulu selepas zaman Hang Tuah dan sebelum zaman Doremon.

Cerita dia macam nie, aku kan dah story kat kau orang pasal aku ada adik nama Atiff kan. Masa nie dia darjah 5 or 6 kut tak silap aku. Masa tu pulak aku kebetulan cuti hape tah. ( Akibat gua makan semut masak tepung kepsi, gua pun mengalami masalah gangguan peringatan yang berada di kondisi separa kritikal)



Ok. nie adik aku, Atiff namanya. Pagi tu dia nak pergi sekolah. (Pendek giler aku tulis, kah kah kah)

Nie pulak aku yang sedang tidur (Gua masa tidur, suka garu pusat. Lu tak caya, cuba lu buat, nikmat dan lemak berkrim Oreo woo wa cakap sama lu)




Nak di ikutkan cerita, rumah aku dengan sekolah adik aku tak lah jauh sangat, so, kitaorang selalu jalan kaki or merangkak dan untuk lebih menyayat hati lagi, merangkak. So, jalan nak keluar ke jalan besar nie agak semak lah sebab rumah aku nie kawasan kampung. So, kalau ade luck tu, nampak la kerbau pendek 2 -3 ekor lintas jalan kecik tu sambil say Hi kat korang. ( Gua dah temuramah incik Kerbau Pendek tu. Beliau kata, beliau mahu megeratkan hubungan beliau dengan jiran jirang tetangga kat kampung aku.)




So, one day tu, adik aku tengah OTW ( Google sendirik kalau tak tau maksud), dia ternampak "Panda". So, dia pun rasa happy dan nak bagitahu kat abang dia yang dia berjaya melihat panda di pagi- pagi buta. Yay!! (tepuk tangan)



Then, adik aku pun balik rumah, kejut aku dan ajak aku pergi melihat sendiri Panda tersebut kerana beliau khuatiri aku akan terlepas peluang melihatnya secara Live.



Dalam OTW aku nak jalan ke tempat kejadian, aku pun dah berangan -angan nak jadi usahawan Panda. Aku ingat aku nak bela, lepas tu masuk dalam rancangan Geografi Nasional supaya aku boleh famous dari blogger2 kat sini. (Gua ingat mau menternak panda masa tu sebab masa tu kerajaan mengalakkan perusahaan AgroTech-ada kaitan ke?)



Sesudah aku sampai kat tempat kejadian, aku terkesima sebentar. "Abang- abang, comel kan panda tersebut", kata adik aku dengan muka yang penuh keterujaan.





Wattahell!! Nie bukan panda, nie TAPIR!!. Kah kah kah, chispsmore biskut meri dan roti gardenia punya adik. Panda dengan tapir pun tak boleh beza. Aku tau lah warna dia black and white. (Secara tidak lansung gua telah digame counter strike oleh adik gua sendiri)
Cilake.

p/s: mengikut Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Negeri Zimbabwe, Tapir nie ada dua ekor jek kat hutan lipur area area rumah aku. Diorang couple dan dikhuatiri Panda Tapir nie sesat sebab adalah sifat Tapir rabun siang. Lepas tu, tak silap aku, 2 minggu kemudian, aku nampak seekor Tapir mati kat tepi jalan. Kesian aku tengok, dan rasa- rasa aku, tak lama tu, seekor pun mati jugak. Tapi aku tak ingat, kat mana tah.


Ok lah, gua tau gua punya entry kali nie pendek. Gua agak ketandusan idea harinie selepas melayan kawan2 gua yang baru gua kenal semalam.

Sekian carutan aku kali ini.

Assalamualaikum dan Chowlubebeh!!

Thursday, June 21, 2012

#Aku Toyol Dan Mission Impossible!!

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis...

Ayam- ayam berkokok tatkala si lembu  menjatuhkan bom atom sambil menggetarkan punggung nya ala ala vibrate iPons 4S yang sedang tak berapa hangat dipasaran sekarang.
Arghh!! Kan aku cakap, aku fail bab bab intro nie.

Ok2, hari nie aku bangun lambat sikit dek kerana melayan berukband aku yang malam tadi mencecah 2mb/s ( Gua tak tahu kenapa tiba2 jadi laju, padahal dah quota)
Well, takpe- takpe, walaupun aku bangun lambat, aku still akan buat entry untuk memenuhi nafsu serakah korang untuk melihat keseksian tentera tentera lidi aku kan ( Memang orang lidi aku "bugil" kan? Kuikuikui)

Dah, jangan fikir bukan. Ok, semua orang pernah menghadapi peperiksaan kan? Tak kira lah peperiksaan JPJ ke, Repeat Paper ke ataupun suvey yang diberikan oleh Cik Nurse sekalipun di Klinik Kesihatan yang berhampiran. So, aku nak story lah pasal pengalaman aku masa sekolah dulu buat "toyol".( Alaaa, pandang pandang aku macam tu pulak, macam lah korang tak pernah buat. Puih!! la..keh keh keh.)




Ok, aku nie sorang yang jenis pemalas jugak la masa sekolah dulu. Suka study last last minute ( Konon -konon last minute nie boleh dapat "superpower" la konon.) Yang nakal nye aku nie dulu, kawan kawan aku study pun aku dok nak menyakat lagi ( Sebenarnya gua tak mau dorang study coz tak nak kasi markah dorang lagi power dari gua..kahkahkah)


So, bila agak- agak esok dah nak exam, baru la aku sibuk2 nak bukak buku. Arghh, time nie gua memang menyesal la. Satu habuk ape tak baca lagi. Kelam kelibut ribut taufan la jadinya. ( Tapi selalunya, time macam nie, bila dah give up, korang mesti cakap " Tawakal je la") Tawakal waklu! Kui3. Tawakal tu sebenarnya lepas kita dah berusaha baru boleh kita boleh berserah. ( Ayat gua yang nie macam bajet bagus kan? Hahaha)


(Kalau korang rasa toyol nie comel, sila komen :D)
So, nak dipendek kan cerita ibarat memendekkan rambut di kedai gunting rambut Sugu, ada lah tiba2 " Abang - abang! Nak saya tulun?", kata Incik Tuyul dengan penuh muka kecomelan ala ala pelakon cerita Twilight. Tinggg!! (mentol kepala gua menyala)
Akibat dari hasutan tuyul tersebut, aku pun mula la menjalankan aktiviti menuyul. ( Adik -adik jangan ikut tau)


Taktik yang selalu aku buat dan sampai sekarang tak kantoi2 lagi (Alamak, dah kantoi dah). Nie hah, korang amik nota korang, gulung2, pastu masuk dalam pen. Carik pen yang jenis boleh bukak atas dia. (Kalau korang pakai pen kilometriko klasik edition, memang tak kan dapat lah kan..hahaha)



Nie pulak strategi untuk budak2 yang memang pakai tie ( Kambing aku cakap aku kacak bila pakai tie. Macam wakil rakyat katanya.) So, nota tu, korang lipat kecik kecik, pastu masuk ke dalam tie. Agak2 tengah exam, korang buat2 la bersin pastu sapu pakai tie korang dan pada masa yang sama, korang ambil la "tuyul" korang tu.




Aku dulu, baju sekolah aku semua lengan panjang ( Gua rasa cool bila lipat lengan sampai bawah siku).
So, bila nak exam jek, cikgu semua pelik, semua yang berlengan panjang semua dah tak lipat. Pasal apa? tengok gambar kat atas nie. Masa nie lah aktiviti bertatu meningkat dengan mendadaknya. ( Member gua penah pedajal gua guna marker permenent tulis " Aku Gayboy" )
Cilake betul kau Abu.


Alamak, gambar nie mengalami masalah teknikal pulak. (Kecik) Tapi takpe lah, aku terangkan kat sini, 
( Kalau korang tak faham, nampak sangat korang tak sekolah agama..hahahaa)
Ok, yang nie aku ada nampak member perempuan aku buat taktik macam nie, Dorang selalu rekod formula2 kat mp3 dorang. Lepas tu dorang Play masa exam. (Pakai tudung, boleh lah beb!, gua pun mahu pakai tudung jugak la!)





Yang nie pun aku pernah buat. Malam- malam, pergi sekolah senyap- senyap. (Mission Imposibble betul) lepas tu tulis siap2 formula kat atas meja. Tapi kan, gua pernah kena, gua rasa gua dah tulis banyak gila kot kat meja gua, alih2 esok gua kena tukar meja.
Cinabeng sungguh
(Member gua yang dapat meja tu tersenyum senyum kura kura kat gua, demmm!!)


Alamak, gambar nie pun kecik jugak, tapi takpe, aku terangkan jugak ( Baik tak aku?)
Rata rata kan, semua budak, bila masuk exam jek, tau tau dah pandai guna bahasa insyarat ( Hebat kan??)
Hahahha, aku teringat lagi, dulu aku selalu guna taktik nie. A kat Dahi, B kat Mata , C kat Hidung dan D kat Dagu. Nombor pulak ditentukan oleh tangan. Ibu jari mewakili nombor sepuluh.
(Pernah sekali, cikgu aku tak kasi pegang2 muka masa exam, dia cakap " Siapa2 yang gatal muka tu bagitahu saya, meh saya garukan") Ciss, modus operandi kami telah terkantoi.




Ok, tapi kan, bila keluar result. Aku dapat A pun, tak rasa seronok. Kenapa? Sebab kita meniru.
Serius, meniru memang seronok, tapi kepuasan tu tak ada. Lagipun sampai bila kita nak tipu diri sendiri kan ( Cehh, entry gua kali nie ada nasihat la)
Ok, kawan2 bloggers sekalian, kalau korang ada taktik lain yang boleh dikongsi, comment la kat bawah ok. Kita share sama2, jadikan pengajaran sama2 :)
( Gua saja buat entry nie untuk bakal2 cikgu dan pensyarah sebenarnya coz nak kasi lu orang semua kantoi nanti..kahkahkah)

Alamak, entry kali nie lagi panjang, so, aku stop dulu kat sini ye.

Assalamualaikum dan chowlubebeh!
p/s: semalam ada orang review blog aku, terima kasih ye pemilik blog :)
Nie blog beliau, usya larh




Wednesday, June 20, 2012

#Aku Asrama Dan Misteri Nusantara

*Je Je Jeng Jeng, Je Je Jeng Jeng, Je Je Jeng, Je Je Je Jeng * Lagu Tema Pirate Of Carribbean

Fuhh, layan gila music tu. Eh, lupa pula nak bagi salam.

Assalamualaikum w.b.t dan Yah Hoy Me Fellow Pirates.

Ok, dulu2, time korang sekolah kanak kanak ribena, mesti cikgu korang ada suruh buat karangan. Kadang2 tu ada keluar tajuk " Asramaku". Siapa- siapa yang tak pernah duduk asrama tu, naya lah korang tak reti jawab. Kah Kah Kah

Well, sebelum aku tulis lagi panjang dan timbulnya persaan malas membaca dari korang, baik aku story cepat. ( Hampeh la korang nie, aku tulis bukan panjang mana pun, harap gambar je tau..huhuhu)


"Arghh, mak! Abang tak nak duduk asrama, nanti kena basuh baju sendiri"
Tu lah jawapan pertama aku bila mak aku cakap " Abang, masuk form 1 nanti mak hantar duduk asrama ye". 



Setelah adengan tembak menembak berlaku di antara aku dan mak aku, akhirnya aku rebah dan dihantar ke salah satu asrama yang tak berapa terkenal di Negeri Sembilan. ( Ada macam cerita Usop Aslam tak?)



Ok, selama aku hidup kat dunia nie kan, kat asrama lah pertama kali aku pakai selipar sebelah lain, sebelah lain. Mana tak nya, aku rasa, waktu aku form 1 je, dah 50 pasang selipar aku beli, tapi semua lesap. Misteri Nusantara  betul asrama aku ni. Nak tak nak, aku pun pakai je la macam nie akibat dah malas nak beli selipar baru lagi dah. ( Korang bayangkan, member aku beli terompah pun boleh hilang, gila misteri betul!)



Ok, yang nie agak best lah. Korang pernah buat macam nie? Makan megi guna "chopstick" yang diperolehi dari hanger baju dan ber "mangkuk" kan gayung. ( Gua rasa idea nie boleh bawak pergi Persatuan Seni Negara tau. Kreatif nie! kah3)



Dan. nie la hasilnya, Jeng Jeng Jeng. Kan penuh dengan kreatif nie. ( Nie kalau mak aku tengok nie, dia ajak aku apply masuk rancangan Bersamamu)




Ok, aku tak nafikan yang aku nie memang kedekut tahap taik hidung 3 rasa dah. Yela, makan keropok Poteto Cip pun nyorok dalam loker. ( Mana taknya, kalau makan secara open, member2 dok mintak, kalau boleh, 1 asrama datang kat kau, last2 tinggal sekeping jek untuk kau. Memang aku jadi kedekut la kalau macam nie.)



Aku pun nakal woo dulu. Aku cukup benci kalau senior suruh ambil air Melo kat dewan makan malam2. Dorang tak tahu ke tempat tu macam Misteri Nusantara malam2. Last2, untuk meredakan kemarahan hati aku nie ( Nak tumbuk senior tak berani), aku celup taik hidung aku dalam air Melo tersebut. Gua cakap lu, time dia minum tu, betul2 gua puas hati woo. ( Sebab tu lah, masa aku jadi senior, aku tak suruh budak junior buat apa apa untuk aku)


Ok, time mandi pulak. Nie yang aku paling suka. Dok nyakat kawan macam nie lah. Aku baling air ke bilik air sebelah, lepas tu buat tak tahu jek. ( Paling best kalau member tengah bersyampoo kau orang buat macam nie. KahKahKah)




Ok, yang ni kan, sampai sekarang masih menjadi Misteri Nusantara bagi aku. Aku nie tak lah penakut sangat. Malam2 pergi toilet sendiri tanpa diteman. Tapi kan, bila tengah jalan tu, rasa macam ada orang perhatikan aku tau. Pandang2 belakang, tak ada apa apa pun. ( Kalau korang pernah rasa macam nie, komen tau, bagitahu, apa benda nie ok :) )



So, hasil dari kegiatan aku di asrama selama 5 tahun. (Form 1 - Form 5). Aku dah menjadi seorang yang pandai berDIKARI. So, sebenarnya, asrama nie tak semua teruk. Ada yang Ok. Ikut pada cara seseorang tu menyesuaikan diri. So, if korang yang ada anak yang manja2 tu, hantarlah mereka ke asrama ( Biar padan muka sikit). Serius, kalau dah 5 tahun duduk asrama tu, mesti pandai berdikari punya lah.

Ok lah korang, aku tau, entry aku kali nie tak best. Aku pun tengah banyak kerja nie sebenarnya. Tapi, aku berusaha lagi nak Entertain korang.

Ok. sekian sudah carutan aku, rasa dah cukup panjang dah nie.

Assalamualaikum w.b.t dan chowlubebeh!