#Geng geng orang lidi kepala putih aku

Tuesday, June 19, 2012

#Aku Perempuan Dan Sumpahan

Assalamualaikum dan salam salam orang lidi..hehehe

Urghh, seriusly, aku fail sikit la bab nak intro2 nie, maklumlah, student Engineering.
Hari nie aku bangun lewat. Maklumlah, sejak kehadiran rakan2 blogger dan lidi aku nie, insyaAllah, aku boleh lupakan masalah cinta aku ( Jiwang macam haremmm pulak dah).
Ok, hari nie aku nak ceritakan korang tentang zaman cinta aku masa muda mudi dulu ( aku dah tua dah kut..)

Harini best giler aku tidur. Sampai tertonggeng2 ( haa,, pikiaq lain, pi simpan hangpa punya fikiran kotoq tu kat tempat lain). Sedar2, dah pukul 11.30, aku pun bangun, pergi gosok telinga, korek hidung dan cebok berak..kah3



Ok, tengah2 aku dok lepak2 usya2 blog aku, tiba2, aku terpikir nak story pasal zaman remaja aku yang penuh dengan kegemilangan nya. Ok2, Once Upon a Time, aku nie dulu kacak taw ( tak tipu, kambing aku sendiri cakap). Yelah, mana tak nya,  dulu tak ada jerawat2 nie. Rambut pula ala ala Linado Kaperio time tu.


So, nak diceritakan, disebabkan wajah aku yang tampan nie, aku pun tibai la pasang awek sekali 5 orang dalam satu masa (tamak weyhh). Tapi yang haru nya lah kan, mesti korang yang pernah jadi encik Playboy or cik Playgirl pernah mengalami situasi dimana...


Hahahaha, pernah tak korang mengalami situasi macam nie. (Tersalah hantar mesej) Perghh!! aku jadi macam nie sebab aku tinggal kat asrama, So, bawa handphone pun macam bawa masuk Bangla secara senyap2. Nak tak nak, reply mesej dalam poket. ( Sumpah lawak bila teringat balik)


So, hasil dari kerjaya aku sebagai Playboy sepenuh masa selama 3 tahun lebih. Aku berjaya la mengumpulkan Bekas Teman Wanita atau dengan erti kata lain EX5 Ex Girlfriend seramai banyak jugak lah. Masa tu dalam 30 lebih jugak la. Tak payah cakap berapa ex aku sekarang sejak 19/6/2012, aku rasa dah cecah 40++ la. ( Gua mau stop tambah lah weii!)



Then, nak dijadikan cerita la ( aku pun tak percaya sangat kat Hukum Karma nie) tapi, selalunya, apa yang kita buat, tak kiralah benda baik ataupun buruk, mesti akan dibalas. Betul tak? So, sampai sekarang aku punya hati sering " Di Play Play" oleh wanita di luar sana. Kiranya, aku nie kena SUMPAHAN NGONGKRONG kut. Akan single sampai aku kahwin agaknya ( Siapa sudi kahwin dengan aku, angkat bulu hidung!)




Dan. macam biasa lah, forever alone kembali. ( Gambar nie aku sebenarnya nak tulis lain, tapi aku dah lupa..hahahaha)
Cilake.
Aku sorang je yang boleh gelak ok.


Actually, korang tau tak kenapa tiba2 aku berhenti jadi Playboy. (Adeh, nie dah jadi kisah cinta aku yag ke pat puloh lapan kut dalam blog aku nie)
Ada lah seorang minah nie, aku kenal dia masa nak Trial SPM. Dia yang ubah aku, Tu je aku nak cakap. Fullstop.
(Gua dah cakap tak nak letak entry sedih2 kan dalam blog gua)


Kenapa aku tulis semua nie? Sebab aku bosan lah bingai. Hahahaa ( Gurau jek walaupun aku serius)
Tak lah, aku nak nasihat sikit pada budak2 yang baru nk UP kat luar sana. Tak payah lah nak bercinta sangat. Habiskan sekolah dulu. Mana tak nya, budak2 zaman sekarang semua dah pandai beromen. Aku sendiri yang kacak nie pun still teruna taw ( Yang nie aku tak tipu)
So, aku tahu, budak2 zaman sekarang nie lagi maju dari kita orang. Tapi, jangan gunakan maju tu untuk benda yang salah ok adik -adik. (Eyuwww, bila masa mak aku kahwin dengan bapak korang) Hehehe


Eh, aku nak cakap sikit. Majulah Spain untuk Euro 2012. Puas hati aku tengok tv malam tadi.


p/s: ramai orang tanya aku. " U lukis sendiri ya kartun nie?" "Tak lah, kambing aku yang lukis" jawabku dengan penuh nada sinis. Apa daaa, dah tentu tentu aku yang lukis. Aku lukis dengan ikhlas hati dan sedaya upaya tau untuk menghiburkan kau orang walaupun tak lah sehebat kartun Naruto. 

Eh, panjang sangat aku tulis nie, so, sekian carutan aku kali ini

Assalamualaikum w.b.t dan chowlubebeh!


( Kali nie aku malas nak letak kata2 hikmat kartun. Bukan kau orang baca pun. Hampeh! )








14 orang dah kentut dekat sini:

  1. hahahha. okeyh. tersentap kejap bile orang ramai tanye "u lukis sendiri ya kartun nie ?" sebab tersenarai dlm "orang ramai" tuh. hahaha. gud entry ^^

    ReplyDelete
  2. yeahhh forever spain...hehe..;)

    ReplyDelete
  3. okeyy , entry kau awesome lah. mmg nak bercinta mase masuk U nnty lah . hewhewhew :D

    ReplyDelete
  4. hahaha . best2x . buat story dari pengalaman sendiri itu yang terbaik. wink! wink! ^^ .(sambil angkat kening)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh..angkat kening buat apa :) angkat la bulu idung..hehe

      Delete
  5. kesimpulan : kalau nak jadi student engineering dan bakal engineer, sila lah kapel banyak2 / playboy semasa anda remaja.. eh betul ke? hahahaha

    ReplyDelete
  6. Salam. Tak sangka aku, pelakon jepun pun pandai giler bab2 Romeo ni..wa ingt lu pandai berlakon romeo lam filem je, realiti pun cmtu gak.hahahaha

    *skrg, fokus study je la kan.. :) belajar elok2 na..

    ReplyDelete
  7. playboy macam kau memang patut kena curse pun! single forever alone~ HAHAHA

    ReplyDelete
  8. macam sewel je hahahaaa

    btw teruskan update blog ye

    caya laaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. ceh..aku baca la kata2 hikmat kartun tu..aku sorang jer baca!! grrrrr

    ReplyDelete

#Siapa yang dah komen gua puji lu punya pusat comel :D